ASUS GTX 1660 sesuai untuk yang tidak mempunyai bajet tinggi untuk set desktop mereka.
Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my


JENAMA perkakas desktop kelas permainan, ASUS mengumumkan kemasukan siri baru kad grafik keluaran Nvidia iaitu GeForce GTX 1660 Super daripada barisan produk dengan kod nama TUF Gaming dan Phoenix.

Kedua-dua kad grafik berkenaan menawarkan prestasi mengagumkan dan turut dilengkapi teknologi grafik terkini iaitu ‘Turing’ untuk memberikan prestasi tinggi dalam permainan resolusi 1080p.

Ia menjadikan kad grafik berkenaan sebagai pilihan ‘kaki games’ yang tidak mempunyai bajet tinggi untuk set desktop mereka namun mahu prestasi yang baik.

Bagi kad grafik menerusi barisan produk TUF Gaming GeForce GTX 1660 serta 1660 Super dilengkapi dengan tiga kipas penyejuk untuk memberi prestasi optimum ketika permainan.

Ia juga didatangkan dengan pelindung belakang untuk menjadikan kad berkenaan lebih kelihatan premium dan bagi kaki games yang mahu menaik taraf set desktop mereka, pilihan TUF Gaming adalah sangat bersesuaian.

Kad grafik ASUS Phoenix GeForce GTS 1660 Super direka untuk pengalaman permainan tanpa henti dan ia dilengkapi dengan kipas penyejuk tunggal.

Rekaan kipas penyejuk yang dipatenkan ASUS ‘Wing Blade’ memberi tahap suhu paling minimum ketika penggunaan tinggi dan ia sesuai untuk semua jenis tugasan sistesis video termasuk permainan.

Harga bagi kad grafik TUF Gaming GTX 1660 Super adalah RM1,299 manakala untuk barisan Phoenix GTX 1660 Super pula RM1,129.

Penilaian penulis

Prestasi : 4.5 / 5

Keupayaan : 4 / 5

Tahap penyejukan: 4.5 / 5

Harga : 4.5 / 5

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 November 2019 @ 5:12 PM