Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my

GOOGLE sedang giat berusaha untuk memperlihatkan peranti Pixel 4 versi 5G mereka seawal minggu depan.

Berdasarkan satu laporan daripada laman web Nikkei, Google akan memperkenalkan peranti baharu mereka iaitu Pixel 4 pada Selasa depan dan peranti itu turut menyokong jaringan LTE.

Bagaimanapun, masih tidak jelas sama ada Google akan turut memperlihatkan peranti sama versi 5G mereka pada majlis pengenalan Pixel 4 berkenaan.

Laporan portal berkenaan mendakwa jika peranti versi 5G itu dipertontonkan Selasa depan, ia hanya imej pengolokan dan pelancaran sebenar akan dilakukan pada masa berbeza.

Google meletakkan sasaran berkenaan untuk mempunyai peranti yang menyokong jaringan 5G pada tahun depan.

Majlis berkenaan juga akan memperlihatkan Google memperkenalkan jam pintar baru keluaran mereka termasuk laptop.

Model baharu PixelBook juga sedang hangat diperkatakan namun untuk jam pintar, ia sesuatu yang baru buat Google.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Oktober 2019 @ 9:07 AM