Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my


PENGGUNA kini lebih cenderung untuk memiliki peralatan yang boleh diaktifkan menerusi pengesanan suara.

Contoh, arahan suara untuk membuka sesuatu aplikasi menerusi telefon pintar atau menghidupkan sistem televisyen menggunakan arahan suara saja tanpa mengetik sebarang butang.

Itu contoh era kemajuan ‘Internet Kebendaan’ (IoT) apabila kebanyakan perkakasan elektronik mampu dikuasakan dengan arahan suara.

Bagaimanapun, untuk segmen mesin pencetak, masih kekurangan peranti yang memiliki keupayaan berkenaan dan kebanyakannya agak renyah untuk melakukan penukaran atau pengisian dakwat ke dalam pencetak.


MEMPUNYAI aplikasi tersendiri untuk mengawal mesin pencetak daripada telefon pintar.

Penulis mencadangkan anda melihat mesin pencetak keluaran HP daripada model OfficeJet Pro 9020 yang bukan saja dilengkapi keupayaan pengaktifan suara, malah memudahkan pengguna melakukan penukaran dakwat atau pengisian semula.

Pengguna juga mahu mesin pencetak yang pantas untuk melakukan apa saja tugasan dan HP OfficeJet Pro 9020 adalah penyelesaian kepada semua masalah kerana ia bukan saja dilengkapi mesin pencetak tetapi didatangkan dengan keupayaan pengimbasan serta mesin faks yang pantas.

Pilihan menu mesin pencetak ini didatangkan dengan skrin paparan 2.7 inci skrin sesentuh yang sangat reaktif dengan sentuhan dan pengguna boleh melakukan pilihan tugasan seperti mencetak, mengimbas atau fungsi mesin faks jika diperlukan.

Malah, pencetak ini mampu melakukan cetakan penuh berwarna dengan begitu pantas dan pengguna tidak perlu menunggu lama hanya untuk melakukan cetakan beberapa muka surat.


MENCETAK atau melakukan imbasan dengan lebih pantas.

Selain itu, pencetak ini juga mempunyai keupayaan melakukan tugasan daripada telefon pintar dan pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi HP Smart App serta peranti mudah alih pengguna boleh dijadikan pangkalan data untuk mencetak sebarang dokumen.

Pencetak ini juga berkemampuan melakukan cetakan atau pengimbasan dua muka surat bersebelahan tanpa memerlukan pengguna menukarkan halaman yang mahu dicetak atau imbasan.

Peranti ini dijual pada harga RM1,259 dan sangat bersesuaian dengan semua jenis tugasan bermula daripada mencetak dokumen pejabat sehingga kepada cetakan kertas kajian ilmiah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Oktober 2019 @ 9:08 AM