Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my


APPLE hari ini melancarkan kemas kini untuk sistem operasi iOS miliknya bagi versi 13.1 selepas melancarkan versi 13 hujung minggu lalu.

Kemas kini terbaru itu kestabilan dalam peranti iOS termasuk membaiki beberapa kelemahan ketika pelancaran sistem operasi versi 13.

Menerusi pengedaran kemas kini iOS versi 13.1, Apple turut mengedarkan kemas kini stabil pertama iPadOS iaitu iPadOS 13.1.

iPadOS 13.1 adalah sistem operasi terbaru daripada Apple untuk peranti mudah alih iPad syarikat itu.

Sistem operasi peranti itu sebenarnya sama dengan iOS bagaimanapun Apple melakukan penjenamaan semula supaya mudah untuk mengenal pasti sistem operasi peranti telefon pintar dan tablet.

Ia juga hadir dengan mod gelap sama seperti iOS 13 dan Apple menjanjikan bahawa kemas kini itu akan memberi kelebihan kepada fungsi kepelbagaian tugas.

Berikut adalah senarai peranti tablet yang menerima kemas kini iPadOS 13.1.

1. 12.9-inci iPad Pro

2. 11-inci iPad Pro

3. 10.5-inci iPad Pro

4. 9.7-inci iPad Pro

5. iPad (Generasi ke-6)

6. iPad (Generasi ke-5)

7. iPad mini (Generasi ke-5)

8. iPad mini 4

9. iPad Air (Generasi ke-3)

10. iPad Air 2

11. 10.2 iPad (Generasi ke-7)

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 September 2019 @ 10:59 PM