PERANTI terbaru Samsung dipadankan dengan spesifikasi terbaik.
Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my


SEBUT saja siri Galaxy Note, sudah pasti pengguna akan membayangkan peranti mudah alih dengan penggunaan ‘stylus’ selain telefon pintar itu sinonim dengan pengguna profesional.

Samsung sekali lagi mempesonakan pengguna peranti mudah alih apabila melancarkan siri Galaxy Note ke-10 miliknya di New York, Amerika Syarikat awal bulan lalu dan peranti itu juga dilancarkan di pasaran tempatan minggu lalu.

Buat julung kalinya, Samsung memperkenalkan dua varian Galaxy Note 10 iaitu Note10 serta Note10+ yang dibezakan dengan beberapa ciri terutama saiz telefon pintar berkenaan.

Pelancaran peranti kelas perdana itu berjaya memecahkan dominasi pesaing mereka iaitu Huawei dalam segmen keupayaan kamera apabila skor kamera Samsung Galaxy Note10+ versi 5G menduduki tempat pertama di dalam laman web penilaian prestasi kamera, DxOMark dengan markah 113 bagi kamera utama dan 99 bagi swafoto.

Menyentuh aspek spesifikasi Galaxy Note10+, peranti berkenaan menggunakan pemproses teknologi 7nm iaitu Exynos 9825 yang dipadankan bersama memori (RAM) 12GB.

Kapasiti memori berkenaan bukan saja mampu melancarkan sebarang aplikasi dengan baik, malah melaksanakan kepelbagaian tugas dalam sesuatu masa tanpa sebarang masalah.

Samsung menggunakan padanan kamera utama tiga lensa iaitu 12 megapixel (MP) sudut lebar, 12MP telefoto, 16MP sudut ultra lebar dan kamera TOF 3D VGA untuk pembentukan imej tiga dimensi.

Kamera swafoto pula menggunakan 10MP dan rakaman video menerusi lensa depan mampu untuk merakam resolusi 2160p dengan 30 bingkai sesaat (FPS).


SAMSUNG buat pertama kalinya memperkenalkan

Uniknya, siri Galaxy Note 10 dilengkapi dengan stylus interaktif iaitu kelengkapan berkenaan boleh melakukan beberapa corak udara (air gesture) pelbagai fungsi antaranya menukar mod kamera, melakukan pembesaran pada kamera dan mengambil gambar dengan menekan butang pada stylus itu.

Ciri terbaharu berteknologi tinggi itu bagi memberi keselesaan kepada pengguna apabila mereka tidak lagi perlu merakam gambar pada jarak jauh dengan menggunakan imej rakaman masa (timer) sebaliknya hanya menekan butang pada stylus peranti.

Pengguna juga tidak perlu bimbang berkaitan hayat bateri apabila peranti ini mampu bertahan sepanjang hari dengan penggunaan maksimum dan turut menyokong pengecas pantas.

Penulis sangat kagum dengan keupayaan bateri apabila tempoh pengecas daripada peratusan 0 sehingga 100 kurang daripada 30 minit dan ia sangat baik untuk pengguna yang sentiasa bergerak.

Secara keseluruhannya, Galaxy Note+ bukan sekadar peranti mudah alih biasa dan penulis mengkategorikan peranti ini sebagai ‘laptop mini’ apabila mamp

u untuk melaksanakan sebarang tugasan persis sebuah komputer.

Pengguna juga boleh menikmati ekosistem Samsung apabila Galaxy Note+ boleh disambungkan terus kepada laptop riba dan anda boleh memperoleh akses penuh seperti menggunakan telefon pintar.

SPESIFIKASI

• Pemproses: Exynos 9825

• RAM: 12GB

• Storan: 256GB / 512GB

• Kamera utama: 12MP +12MP + 16MP + TOF 3DVGA

• Kamera swafoto: 10MP

• Skrin paparan: 6.8 inci Kuad Definisi Tinggi Dipertingkatkan (HD+) AMOLED Dinamik Infinity-O

• Bateri: 4,300mAh

Penilaian penulis

• Prestasi: 4.5 / 5

• Kemampuan: 4.5 / 5

• Keupayaan kamera: 4.5 / 5

• Harga: 4 / 5

• Keseluruhan: 4.5 /5

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Ogos 2019 @ 10:26 AM