PENGGUNA dinasihati kemas kini aplikasi dilengkapi tahap keselamatan terkini
Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my


SISTEM pesanan terbesar dunia, WhatsApp baru-baru ini dilaporkan menghadapi masalah apabila wujud akaun milik pengguna di serata dunia didakwa diceroboh oleh individu tidak dikenali yang mengakses maklumat pemilik akaun.

Ia turut membolehkan penceroboh mengakses maklumat kenalan kepada pemilik akaun WhatsApp dan menghantar mesej berunsur khianat selain penipuan membabitkan orang kenamaan termasuk di negara ini.


KEMAS kini terbaru WhatsApp dilengkapi dengan kod keselamatan terbaru.

Insiden itu sekali gus mencetuskan tanda tanya berhubung tahap keselamatan aplikasi berkenaan sehingga boleh diceroboh oleh pihak ketiga. Tambah membimbangkan penceroboh boleh melihat maklumat kenalan pemilik akaun berkenaan.

Bagi mendapatkan gambaran jelas berhubung tahap keselamatan aplikasi berkenaan, IT@Metro minggu ini mendapatkan reaksi daripada pakar keselamatan siber, Fong Choong Fook berhubung masalah yang dihadapi oleh aplikasi pesanan terbesar dunia itu.


FONG mengingatkan pengguna supaya lebih berhati-hati menggunakan sistem jaringan terbuka.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mei 2019 @ 1:09 PM