REALME X bakal hadir dengan dua varian.
Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my


PENGELUAR telefon pintar, Realme dijangka melancarkan dua varian daripada produk keluaran mereka iaitu ‘Realme X’ untuk dua segmen berbeza iaitu kelas mercu dan kelas pertengahan.

Satu varian Realme X diletakkan dalam kelas mercu serta menggunakan pemproses Snapdragon 855 yang dipadankan dengan skrin paparan 6.5 inci definisi penuh dipertingkatkan (FHD+).

Sehingga kini, tiada spesifikasi penuh berhubung peranti berkenaan namun ia dijangka menggunakan kapasiti bateri 3,680mAh untuk memaksimumkan penggunaan peranti berkenaan.

Realme X akan menggunakan kamera swafoto mekanikal yang tersimpan dengan keupayaan sensor 16 megapixel (MP). Ia juga dijangka menggunakan kamera utama dua lensa iaitu 48MP + 5MP.

Selain itu, Realme X menggunakan teknologi pengecasan pantas iaitu VOOC 3.0 termasuk imbasan cap jari terbina di bawah skrin paparan.

Bagi varian kedua, Realme X Youth Edition atau Realme X Lite bakal menggunakan pemproses Snapdragon 730 SoC namun belum tertiris spesifikasi lain untuk peranti ini.

Realme bakal melancarkan produk baru mereka pada bulan ini dan memiliki persamaan yang banyak. Dua varian itu hanya dibezakan dengan cip pemproses manakala semua rekaan masih dikekalkan.

Realme X / Realme X Lite

• PEMPROSES: Snapdragon 855 / Snapdragon 730 SoC

• KAMERA SWAFOTO: Mekanikal sensor 16MP

• KAMERA UTAMA: 48MP + 5MP

• BATERI: 3,680mAh

• CIRI UTAMA: Pengecas cepat VOOC 3.0 dan imbasan cap jari di bawah skrin paparan

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mei 2019 @ 9:10 AM