Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my

JIKA anda mahu sebuah peranti yang boleh melakukan pelbagai tugas seperti mengemaskini status laman sosial Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya selain mampu merakam imej swafoto yang mengagumkan dengan harga yang lebih rendah.

Walaupun tawaran harga yang berpatutan, namun tidak mengabaikan aspek spesifikasi dan rekaan fizikal yang mahu kelihatan 'trendy' serta lebih mesra dengan usia muda.

Bagi penggemar permainan mudah alih pula, mereka boleh bermain dalam tempoh yang panjang tanpa bimbang peranti mudah panas serta pelancaran aplikasi tanpa 'lagged'.

Untuk semua persoalan dan keperluan itu, peranti terbaru keluaran HUAWEI iaitu Nova 4e adalah jawapan untuk semua itu.

Dikuasai pemproses Kirin 710 (12nm) dan dipadankan dengan kemampuan memori sebesar 6GB serta kapasiti storan sebanyak 128GB.



Nova 4e menggunakan rekaan skrin paparan ‘dewdrop’ berbentuk lekuk di bahagian atas dan nisbah paparan kepada bentuk fizikal peranti adalah 84.1 peratus.

Ia didatangkan dengan skrin paparan 6.15 inci definisi penuh (FHD+) dan padanan cip pemproses serta sokongan memori (RAM) mampu menjadikan telefon pintar ini berkuasa untuk sebarang pelaksanaan aplikasi.

Bahagian kamera belakang dilengkapi tiga lensa kamera, menggabungkan sensor 24 megapixel (MP), 8MP dan 2MP serta takuk pada skrin paparan pula menempatkan sensor 32MP.



HUAWEI Nova 4e turut mempunyai slot dwi kad SIM dan bicu audio 3.5mm. Peranti berkenaan dijana dengan bateri berkapasiti 3,340 mAh dengan sokongan pengecasan cepat yang ditawarkan dengan pilihan warna Midnight Black, Pearl White dan Peacock Blue.

Pengguna juga boleh menggunakan lensa augmented reality menerusi fungsi 3D Qmoji dan ia akan meniru mimik muka dan kelakuan pengguna.



Harga jualan bagi peranti ini adalah RM1,199 dan ia satu tanda harga yang begitu baik untuk segmen telefon pintar kelas pertengahan tambahan pula ia menggunakan spesifikasi terkini.

Peranti berkenaan menampilkan ciri premium apabila rekaan fizikalnya menonjolkan permukaan kaca melengkung walaupun ia telefon pintar bagi segmen pertengahan.

Bagi golongan muda yang meminati fesyen, boleh mengikuti perkembangan fesyen semasa di media sosial menerusi Nova 4e, malah boleh menjadi bintang media sosial kerana merakam imej lebih jelas dengan teknologi peningkatan imej kecerdasan buatan (AI).



Peranti ini adalah pilihan terbaik untuk golongan muda kerana harganya bukan saja mampu milik sebaliknya memiliki spesifikasi yang sangat baik untuk melaksanakan apa juga aplikasi.

Penggemar permainan mudah alih pula, peranti ini adalah pilihan terbaik kerana ia memiliki teknologi GPU Turbo 2.0 yang akan memastikan prestasi peranti pada tahap terbaik walaupun menggunakan telefon pintar dalam satu tempoh yang lama.



Menjadi peneraju fesyen terkini, HUAWEI Nova 4e mempunyai nilai estetika berbanding jenama lain kerana mempunyai fungsi terbaik, malah lebih baik daripada yang lain, sekali gus memenuhi keperluan nilai fesyen.

Bagi mereka yang gemar menghasilkan nada dering menggunakan lagu kegemaran atau menggunakan video, HUAWEI Nova 4e menyokong sepenuhnya video nada dering yang dihasilkan sendiri sebagai pilihan tambahan.

Pengguna juga boleh memuat naik klip daripada sumber lain seperti TikTok dan ia menambahkan lagi dimensi keseronokan menjawab panggilan telefon.

Secara asasnya, siri generasi Nova dibangunkan untuk golongan elit dan profesional antarabangsa yang gemar mengikuti ‘trend’ terkini, warna dan saat menarik serta ceria dalam kehidupan.



Rekaan bahagian belakang peranti itu menampilan tona warna gradien yang menghasilkan warna mengagumkan mengikut pancaran cahaya dan ia sememangnya unik.

Jika sebelum ini, rekaan seperti itu hanya boleh didapati bagi produk premium, namun Nova 4e menawarkan pembeli rekaan premium dengan padanan spesifikasi yang baik.

Nova 4e menggunakan sistem operasi EMUI 9.0 manakala keupayaan pemproses grafik Mali G72 untuk memberi pengalaman lebih baik terutamanya ketika pengguna bermain sebarang judul permainan mudah alih.

Kini, HUAWEI menawarkan tawaran menarik kepada pembeli Nova 4e dan maklumat lanjut boleh melayari laman web https://shop.huawei.com/my/events/5-year-celebration.html

Segera dapatkan Nova 4e di kesemua rangkaian kedai HUAWEI atau melalui kedai dalam talian untuk mengetahui promosi yang ditawarkan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 April 2019 @ 3:08 PM