SAMSUNG A80
Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my


SAMSUNG melancarkan telefon bimbit kelas pertengahan iaitu A80 dengan keupayaan kamera ‘flip’ sebagai ciri terbaru berbeza dengan siri peranti lain.

Bagi peranti itu, Samsung menggunakan pemproses Snapdragon 730 dan dipadankan dengan memori 8GB bersama sistem storan 128GB.

Skrin paparan pula berkeluasan 6.7 inci definisi penuh (FHD+) selain skrin OLED untuk penghasilan imej paparan lebih jelas dan terang.

Samsung A80 menggunakan kapasiti bateri 3,700 mAh dan keupayaan kamera 48 megapixel (MP) selain sistem pengimbas cap jari terbina di atas skrin.

Ia juga dilengkapi dengan teknologi pengecasan cepat dan sensor kamera ToF 3D, sekali gus mampu untuk merakam gambar dengan kualiti yang baik.

Samsung menggunakan rekaan kamera flip yang disifatkan agak berisiko namun dilihat peranti itu sebagai medan pengujian teknologi berkenaan.

Wujud kemungkinan bahawa Samsung akan menggunakan kamera flip untuk model telefon pintar kelas mercu mereka tidak lama lagi.

SPESIFIKASI

SAMSUNG A80

• PEMPROSES: Snapdragon 730

• RAM: 8GB

• STORAN: 128GB

• BATERI: 3,700mAh

• KAMERA: 48MP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 April 2019 @ 11:30 AM