SAMSUNG Galaxy A70 untuk kelas pertengahan.
Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my

MENGGUNAKAN skrin paparan 6.7 inci Super AMOLED dan kekuatan kamera utama tiga lensa 32 megapixel (MP) menjadi taruhan terbaharu Samsung dalam kelas telefon pintar mampu milik mereka.

Siri Galaxy A70 turut disertakan dengan pengimbas cap jari terbina di dalam skrin dengan pemproses 8 teras serta disokong memori 6GB dan 8GB berdasarkan pilihan varian.

Storan bagi peranti ini adalah 128GB dan menyokong kad mikroSD sehingga 512GB berdasarkan kepada keselesaan penggunaan.

Untuk panel belakang ia menggunakan rekaan ‘3D Glasstic’ mirip siri Galaxy A yang lain.

Galaxy A70 ditawarkan dengan pilihan warna coral, biru, hitam dan putih. Harga jualan masih tidak diumumkan lagi buat masa ini. Tetapi siri Galaxy A baharu daripada Samsung setakat ini amat mengagumkan.

SPESIFIKASI

• Pemproses: Octa Core

• RAM: 6GB/8GB

• Storan: 128GB

• Sokongan kad mikroSD: Sehingga 512GB

• Kamera: Tiga lensa berkeupayaan merakam gambar berkualiti tinggi

• Skrin paparan: 6.7 inci

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mac 2019 @ 1:41 PM