KAD grafik terbaru keluaran ASUS
Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my


ASUS hari ini mengumumkan barisan baru kad grafik keluarannya daripada generasi Nvidia Geforce GTX 1660Ti menerusi siri TUF Gaming dan Phoenix.

Kad grafik berkenaan mampu melaksanakan judul permainan bertaraf AAA dengan resolusi 1080p dan kad berkenaan turut dilengkapi dengan teknologi Turing yang dipelopori oleh Nvidia.

Bagi siri TUF Gaming, kad grafik berkenaan didatangkan dengan dua varian berbeza dan masing-masing menawarkan prestasi ‘boost clock’ berbeza iaitu untuk TUF Gaming O6G (1845MHz) dan TUF Gaming 6G (1815MHz).

Model ini akan dilengkapi dengan plat belakang dan dua kipas berukuran 80 milimiter (mm) untuk penyejukan dan ia adalah rekaan kipas terbaru.

Siri Phoenix pula turut didatangkan dengan dua varian iaitu bagi GTX O6G (1830MHz) manakala GTX 6G (1815MHz) selain dilengkapi dengan satu kipas berukuran 100 mm.

Harga bagi TUF Gaming untuk varian O6G adalah RM1,529 manakala 6G (RM1,319) dan siri Phoenix pula untuk O6G (RM1,089) serta 6G (RM1,069).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2019 @ 10:05 PM