NOVA 4e mempunyai kamera utama 24 megapixel (MP) dan kamera swafoto 32MP selain dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (IA).
Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my


SYARIKAT pengeluar telefon pintar, Huawei melancarkan Nova 4e di Beijing, hari ini dengan keupayaan kamera utama 24 megapixel (MP) dan kamera swafoto 32MP selain dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (IA).

Nova 4e bakal menggunakan pemproses Kirin 710 disokong oleh memori 6GB selain storan 128GB.

Peranti ini akan menggunakan skrin paparan jenis LTPS berukuran 6.15 inci manakala resolusi paparan 2312 x 1080.

Telefon pintar kelas pertengahan keluaran Huawei itu turut menyokong sambungan kad SIM berkembar, 4G LTE selain Bluetooth 4.2.

Kapasiti bateri bagi peranti sebanyak 3340 mAh dan ia berkeupayaan untuk pengecasan cepat.

Warna yang ditawarkan untuk model ini termasuk Midnight Black, Pearl White dan Peacock Blue.

Nova 4e akan menggunakan sistem operasi EMUI 9.0 manakala keupayaan pemproses grafik Mali G72 untuk memberi pengalaman lebih baik bagi pengguna ketika bermain sebarang judul permainan mudah alih.

Huawei melancarkan siri baru bagi segmen Nova selepas kejayaan Nova 4 serta Nova 3 sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mac 2019 @ 8:08 PM