QUALCOMM Snapdragon kemas kini cip.

QUALCOMM Snapdragon melaksanakan kemas kini dalam spesifikasi cip mereka sekali gus membolehkan ia menyokong sensor sehingga 192 megapixel (MP).

Model cip yang mempunyai sokongan itu adalah Snapdragon siri 660, 670, 675, 710, 845 dan 855. Semua siri berkenaan mampu untuk menyokong sensor kualiti kamera terkini.

Bagi membolehkan cip ini mampu membantu proses penghasilan imej dengan kualiti itu, beberapa proses tidak akan digunakan seperti multi-frame noise reduction (MFNR) dan Zero Shutter Lag (ZSL).

Walaupun sensor 192MP belum dihasilkan, maklumat ini memberi gambaran kepada umum mengenai kemampuan cip. Keupayaan kamera sesebuah telefon pintar hanya bergantung kepada pemproses kerana ia bakal bertindak untuk memproses setiap imej dengan lebih cepat sekali gus menghasilkan gambar berkualiti.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mac 2019 @ 12:49 PM