Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my


PEMILIK konsol Sony Playstation 4 (PS4) boleh melakukan ‘striming’ permainan menggunakan peranti sistem operasi iOS selepas kemas kini perisian PS4 versi 6.50 dilancarkan hari ini.

Pengguna konsol itu yang memiliki peranti berkenaan boleh memuat turun PS4 Remote Play App di App Store untuk memulakan striming permainan mereka.

Buat masa ini, pengguna PS4 mempunyai keupayaan untuk striming permainan pada resolusi 720p dan kemas kini terbaru itu juga membolehkan pautan dikongsi akaun Twitter pemilik.

Kemas kini terbaru itu memberi kelebihan kepada pemilik konsol melakukan striming sekali gus memberikan dimensi baru kepada segmen konsol.

Ia juga sebahagian usaha Sony meletakkan konsol itu sentiasa relevan dengan perubahan teknologi terkini memandangkan kaedah striming permainan semakin popular dalam kalangan komuniti sukan elektronik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mac 2019 @ 7:26 PM