REALME 3 adalah telefon pintar kelas pertengahan yang baik.
Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my

BAGI pengguna yang mahu mencari telefon pintar kelas pertengahan, mungkin Realme 3 jawapan paling sesuai.

Ia ditawarkan pada harga bermula kira-kira RM500 hingga

RM600.

Walaupun peranti Realme 3 adalah telefon pintar kelas pertengahan namun spesifikasinya tidak mengecewakan dan boleh melancarkan pelbagai aplikasi dan pelbagai tugas dalam satu masa.

Untuk peranti Realme 3, ia mungkin menggunakan cip Helio P70 atau P60 dan padanan memori pula adalah 3 atau 4GB RAM selain storan pilihan antaranya 32GB sertaa 64GB mengikut varian.

Skrin paparan telefon pintar itu pula 6.2 inci HD+ bertakuk kecil dan perlindungan Gorilla Glass 3 selain sokongan kad mikroSD sehingga 256GB.

Kapasiti bateri 4,230 mAh namun ia hadir tanpa sokongan pengecasan cepat dan dua varian yang ditawarkan mempunyai warna Dynamic Black dan Radiant Blue.

Kamera untuk peranti ini menggunakan dua lensa iaitu lensa utama 13 Megapixel (MP) + 2MP lensa untuk keupayaan bokeh. Selain itu, kamera swafoto pula adalah 13MP dan perisian kamera kali ini membawakan beberapa ciri unik seperti Nightscape, Chroma Boost dan beberapa teknologi lain.

• Pemproses: Helio P70 / Helio P60

• RAM : 3GB / 4GB

• Storan : 32GB / 64GB

• Bateri : 4,230 mAh

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mac 2019 @ 11:51 AM