ASUS ROG perkenal barisan laptop menggunakan kad grafik Nvidia generasi baharu.
Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my

ASUS Republic of Gamers (ROG) sekali lagi tidak mengecewakan apabila tampil melancarkan laptop siri ROG yang dilengkapi dengan kad grafik generasi baharu iaitu Nvidia RTX.

Dua laptop berkenaan adalah ROG G703 dan ROG Zephyrus S. Kedua-dua

model ini menawarkan spesifikasi berbeza dengan keupayaan yang mengagumkan.

Bagi ROG G703, terdapat dua versi yang ditawarkan iaitu XEV121T dan XEV115T menggunakan pemproses Intel Core i9 serta Intel Core i7 generasi kelapan.

Laptop ini akan menggunakan kad grafik Nvidia generasi kedua iaitu RTX2080 dengan kapasiti memori sebanyak 32GB atau 16GB RAM DRR4.

Model ROG Zephyrus S iaitu GX531G pula menggunakan kad grafik RTX2070 dan memori 16GB RAM DDR4 selain skrin paparan 15.6 inci.

ROG ROG G703 - XEV121T dan XEV115T

• Pemproses: Intel i9-8950HK / Intel i7-8750H

• Kad grafik: Nvidia GeForce RTX 2080

• RAM: 32 GB / 16GB

• Storan: M.2 NVME PCIe 512GB SSD (RAID 0) + M.2 NVMe PCIE 512GB SSD

1TB FireCuda SSHD + M.2 NVMe PCIe 256GB SSD

• Skrin: 17.3 inci (1920 x 1080), 144Hz, G-SYNC

• Harga: RM19,999 / RM14,999

ROG Zephyrus S - GX531G

• Pemproses: Intel i7- 8750H

• Kad grafik: Nvidia GeForce RTX 2070

• RAM: DDR4 16GB (8GB)

• Storan: M.2 NVMe PCIE 512GB SSD

• Skrin: 15.6 inci (1920 x 1080), 144Hz

• Harga: RM 9,999

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mac 2019 @ 11:41 AM