SAMSUNG perkenal peranti pertama boleh lipat iaitu Galaxy Fold.
Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my

PENGELUAR telefon pintar gergasi dunia, Samsung memperkenalkan telefon boleh lipat iaitu Galaxy Fold sekali gus menjadi pengeluar pertama yang melancarkan skrin boleh lipat di dunia.

Galaxy Fold ini mempunyai saiz paparan sebesar 7.3 inci dengan teknologi Infinity Flex apabila dibuka namun pengguna boleh menukarkan kepada telefon pintar apabila melipatnya.

Saiz apabila dilipat adalah 4.6 ini dan Samsung dijangka menggunakan pemproses termaju iaitu 7nm Snapdragon 855 yang menyokong memori sebesar 12GB serta storan 512GB.

Kapasiti bateri untuk peranti ini juga 4,380mAh yang turut menyokong pengecas tanpa wayar selain kamera tiga lensa memberikan imej lebih baik.

Ia sekali gus menjadi peranti eksklusif milik Samsung apabila harga yang bakal ditawarkan kepada pengguna adalah sekitar RM8,064.

GALAXY FOLD

• Pemproses: 7nm Snapdragon 855

• RAM: 12GB

• Storan: 512GB

• Kamera: 16MP lensa lebar + 12MP lensa sudut lebar + 12MP lensa telefoto

• Harga: Sekitar RM8,000

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Februari 2019 @ 12:07 PM