JAM pintar Honor Watch Magic ditawarkan dengan harga yang murah.
Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my

HONOR sekali lagi menarik perhatian umum apabila melancarkan jam pintar keluarannya iaitu Honor Watch Magic yang dijual dengan harga lebih rendah berbanding beberapa jam pintar keluaran syarikat lain.

Jam pintar itu menawarkan sistem teknologi terkini apabila paparannya dibina daripada skrin AMOLED dan mempunyai sistem pengesanan global (GPS) terbina termasuk mampu untuk menahan air kedalaman 50 meter.

Ia turut dilengkapi dengan bateri 178 mAH yang mampu untuk menampung gaya aktif pemakainya tanpa perlu khuatir untuk mengecas selepas seharian digunakan.

Sensor jam pintar ini pula dilengkapi accelerometer, gyroscope, magnetometer dan sensor pembaca denyutan jantung sesuai untuk pemakai yang aktif melakukan aktiviti luar.

HONOR Watch Magic

• SAIZ: 42.8 mm X 42.8 mm X 9.8 mm

• BATERI: 178 mAH

• BERAT: 32.5 gram

• MEMORI: 128GB (ROM) dan 16MB (RAM)

• TEMPOH PENGECAS: Kurang dua jam

• HARGA: RM599

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 January 2019 @ 10:57 AM