GOOGLE akan perkenal sistem operasi Android Q.
Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my

Sudah menjadi kebiasaan apabila setiap tahun Google melaksanakan majlis tahunan iaitu Google I/O dan pentas itu turut digunakan bagi mengumumkan sebarang teknologi baharu untuk tahun berkenaan.

Pada tahun ini, Google tidak ketinggalan melaksanakan majlis berkenaan. Wujud juga desas-desus mengatakan Google akan mengumumkan perancangannya untuk sistem operasi Android Q.

Sebelum ini, syarikat gergasi itu turut menggunakan pentas sama untuk mengumumkan Android Pie (Versi 9) dan kini wujud berita Google akan mengumumkan Android versi 10 yang dikenali sebagai Android Q.

Sudah pasti, Android Q dinantikan pemain peranti yang menggunakan sistem operasi berkenaan supaya membolehkan versi baru itu digunakan dalam setiap telefon mercu baharu.

Secara tradisinya, Google akan meningkatkan prestasi setiap versi Android yang dikeluarkannya dan kini Android Q pasti mengalami peningkatan prestasi berbanding versi terdahulu iaitu Android Pie.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 January 2019 @ 10:42 AM