PRODUK terbaru LG XBOOM yang dikuasakan dengan bunyi lebih jelas.
Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my


LG Electronics (LG) sekali lagi memukau perhatian pengguna apabila melancarkan produk daripada segmen peralatan audio terbina (All-In-

One-Audio) XBOOM miliknya.

Produk terbaru dalam kategori ‘flagship’ miliknya iaitu XBOOM model CL98 mempunyai kuasa output sebanyak 3,500 watt, sekali gus mampu untuk memancarkan kesan bunyi yang terperinci.

Bagi model XBOOM kelas atas iaitu OL100 dikuasakan dengan kemampuan output sebanyak 2,000 watt dan model ini mampu untuk meningkatkan kualiti bunyi dalam frekuensi yang tinggi.

Pengeluaran dua varian ini membuktikan LG memberikan produk yang berkualiti daripada aspek penghasilan bunyi termasuk membabitkan frekuensi tinggi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 January 2019 @ 11:16 AM