ASUS ZenFone Max (M2) yang menggunakan kapasiti bateri 4,000 mAH.
Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my


MEMPUNYAI kapasiti bateri 4,000 mAH dan kekuatan kamera 13 megapiksel (MP) antara sebab ASUS ZenFone Max (M2) adalah pilihan pengguna untuk kelas pertengahan.

Harga ditawarkan dengan spesifikasi berkenaan juga mampu milik dan sesiapa saja boleh memiliki telefon berkuasa ini dengan pelbagai spesifikasi menarik.

krin paparan 6.3 inci selain menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 632 akan memastikan setiap aplikasi berjalan dengan baik dan optimum.

Telefon pintar ini turut dilengkapi dengan teknologi penstabilan imej (EIS) bagi mengelakkan gambar yang diambil kabur atau bergoyang.

Produk keluaran ASUS ini pastinya memberi kelebihan bagi pengguna kelas pertengahan yang mahukan telefon pintar berprestasi tinggi.

ASUS ZENFONE MAX (M2)

• PEMPROSES: Qualcomm Snapdragon 632

• RAM: 4GB

• KAPASITI STORAN: 32GB

• SKRIN PAPARAN: 6.3 inci

• HARGA: RM699

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 January 2019 @ 11:05 AM