RX590.
Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my

Syarikat pengeluar pemproses AMD tampil dengan produk terbaru mereka dalam segmen kad grafik iaitu RX590.

Ia adalah generasi terbaru selepas syarikat itu mengeluarkan RX580 sebelum ini dan kad grafik terbaru itu menawarkan sistem pemproses yang lebih canggih dan sesuai dengan permintaan kebanyakan permainan terkini.

RX590 dikategorikan sebagai kad grafik kelas pertengahan dan ia termasuk dalam siri RX500.

Kad grafik ini menawarkan teknologi hampir sama dengan kad sebelumnya dan ia adalah kad pertama keluaran syarikat itu yang menggunakan teknologi lanjutan 120nanometer.

Siri terbaru ini menawarkan keupayaan Clock Speed lebih tinggi berbanding RX580 manakala kapasiti memori video adalah sama iaitu 8GB.

RX590

• SIZE MEMORI: 8GB DDR5

• BUS MEMORI: 256-bit

• KUASA TERMAL: 225 watt

• HARGA: RM1,499 (anggaran)

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 January 2019 @ 11:55 AM