APLIKASI mirip TikTok yang dibangunkan dengan Facebook.
Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my

Pengelola laman sosial terbesar dunia, Facebook (FB) kini sedang membangunkan satu aplikasi dikenali sebagai ‘Lasso’ untuk menandingi aplikasi TikTok yang menjadi kegilaan semua peringkat umur.

Aplikasi berkenaan adalah mirip kepada TikTok apabila pengguna boleh merakam video, membuat mimik bibir dan menari mengikut lagu popular terkini.

Pembinaan aplikasi itu disasarkan untuk golongan muda bertemakan jenaka dan keseronokan di samping pengguna boleh memuat naik video yang dirakam.

Jika aplikasi berkenaan dilaksanakan kelak, pastinya ia bakal menjadi pencabar kepada TikTok.

Tambahan pula, aplikasi berkenaan akan menyokong platform FB dan faktor berkenaan akan menarik lebih ramai pengikut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 January 2019 @ 11:27 AM