XU ketika pelancaran kedai konsep VIVO di Sunway Pyramid. FOTO Supian Ahmad
Nor Akmar Samudin
akmar@nstp.com.my


VIVO Malaysia melancarkan Kedai Konsep Vivo di Sunway Pyramid, Bandar Sunway, Petaling Jaya, hari ini untuk memberi

kepuasan dan pengalaman baru kepada pelanggan.

Reka bentuk premis itu dinaik taraf menjadi lebih luas dan selesa.

Pembukaan kedai konsep itu dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Teknologi Vivo, Mike Xu dan turut hadir, Pengarah Access Mobile Marketing Sdn Bhd, Kelvin Lee.

Menurut Xu, di Malaysia terdapat lebih 100 kedai konsep dan pembukaan Kedai Konsep Vivo di pusat beli-belah terbabit adalah yang pertama di Lembah Klang.

"Kami mahu memberikanruang yang lebih besar, selesa dan pengalaman yang lebih menarik ketika pelanggan datang

ke kedai ini.

"Selain telefon pintar, kedai konsep juga menjual pelbagai barangan aksesori Vivo," katanya.

Kata Xu, Vivo baru-baru ini melancarkan telefon pintar Vivo V11 dan V11i.

"Dengan pelancaran telefon pintar ini, terdapat beberapa fungsi menarik, antaranya adalah sokongan kamera yang dilengkapi dengan kecerdasan buatan dan sokongan pembantu maya Jovi.

"Sokongan pembantu maya ini memudahkan penggunaan harian untuk mengetahui ramalan cuaca, membuat navigasi, memainkan muzik, video dan banyak lagi," katanya selepasmajlis pelancaran.

Vivo turut menawarkan pelbagai hadiah sempena pelancaran hari ini termasuk mesin pencetak, fon kepala Bluetooth, jaminan perlindungan skrin setahun, kad keahlian Vivo dan potongan harga sehingga 50 peratus untuk setiap belian aksesori Vivo.

Pemenang cabutan bertuah pula akan mendapat sebuah basikal.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Disember 2018 @ 7:10 PM