INISIATIF GrabPay dilakukan apabila mendapat lesen wang elektronik daripada Bank Negara Malaysia (BNM). FOTO Amirudin Sahib
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


APLIKASI e-dompet menjadi penting pada 2018. IT@Metro melihat beberapa e-dompet yang semakin berkembang.

1. Boost

Boost, aplikasi dompet mudah alih inovatif menyasarkan untuk memiliki sebanyak 100,000 rakan niaga menjelang hujung tahun ini.

Aplikasi itu memiliki lebih daripada 800,000 pengguna dan ia bekerjasama dengan rakan niaga konvensional dan atas talian di 5,000 lokasi seluruh negara.

Boost adalah aplikasi mudah alih yang dibangunkan secara tempatan bagi memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk membayar, menghantar, meminta dan menyimpan wang di telefon pintar.

Ia menawarkan pelbagai ciri dan fungsi termasuk Imbas dan Bayar serta Hantar/ Mohon Wang di mana ia akan memudahkan dan memberikan pengalaman menarik kepada pengguna aplikasi terbabit.

Boost membawa pengalaman digital yang lancar dan selamat kepada rakyat Malaysia melalui telefon pintar masing-masing dengan memperkenalkan aplikasi terbabit.

2. GrabPay

Dengan GrabPay sebagai kaedah pembayaran utama di aplikasi Grab, ia turut membina ekosistem yang saling berkaitan sehingga menjadikan Grab sebagai aplikasi bagi kegunaan harian,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Inisiatif untuk memperkenalkan GrabPay dilakukan apabila syarikat e-panggilan itu mendapat lesen wang elektronik daripada Bank Negara Malaysia (BNM) pada Disember 2017.

Selain itu, dengan jalinan kerjasama antara Grab dan Maybank, pengguna Grab boleh menggunakan aplikasi itu pada pedagang utama Maybank dan juga GrabPay.

Dengan aplikasi Grab, pengguna bukan saja dapat mengakses servis pengangkutan malah lain-lain perkhidmatan yang memenuhi gaya hidup pengguna seperti tempahan makanan, bayaran pembelian barang dan pemindahan wang.

Selain itu, kerjasama turut mempelbagaikan servis lain seperti pengguna boleh menambah nilai dompet mudah alih itu menerusi Maybank2U.

3. Razer

Razer, jenama gaya hidup peminat permainan video terkemuka di dunia membuat kemunculan kali pertama dalam pasaran Malaysia melalui pelancaran e-dompet Razer Pay yang membenarkan pengguna membuat transaksi serta memindahkan dana kepada keluarga dan rakan.

Razer Pay adalah e-dompet yang direka untuk belia dan generasi Y. Pengguna boleh menambah dengan mudah, memindahkan wang dengan cepat dan membuat pembayaran di mana-mana saja.

Pengguna boleh membeli prabayar Razer di cawangan 7-Eleven seluruh negara atau membuat isian semula melalui akaun bank dalam talian mereka.

Lebih 6,000 kedai peruncitan utama termasuk makanan dan minuman (F&B) seperti Starbucks, Singer, Cosway, Greyhound CafÈ, Wendy’s, Kenny Rogers, Krispy Kreme, 99 Speedmart, Tealive dan Thundermatch.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Disember 2018 @ 7:00 AM