Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

Kehebatan gabungan jalan cerita menarik dan mekanik peperangan yang unik membentuk Star Trek Fleet Command sebagai antara permainan aplikasi terbaik pada Disember ini, menyebabkan kita seronok bermain dan mahu bermain sehingga tamat walaupun ada kekurangan dalam beberapa aspek.

Sebelum misi, anda sebagai Commander yang bakal menyelamatkan dunia, memilih kelengkapan yang diperlukan yang bukan saja meliputi senjata dan bekalan, malah pakaian serta jika suka, parut di muka.

Anda juga perlu memilih tahap dan ada enam pilihan dengan setiap satu memiliki kelebihan tersendiri dalam pertempuran dan teknologi.


Dalam Star Trek Fleet Command, anda anggota skuad iaitu pasukan elit tentera galaksi yang diberi kuasa menyelesaikan masalah politik dan ketenteraan.

Dalam satu kejadian, seorang anggota skuad itu menggeledah artifak purba dan misi membunuh musuh yang ganas dan bermula tugas anda memburunya ke seluruh galaksi, melawat dunia makhluk asing.

Kembara anda bermula di stesen angkasa lepas. Anda perlu memilih rakan pasukan, membaca peta galaksi bagi memilih destinasi dan menempuh halangan sepanjang perjalanan ke destinasi terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Disember 2018 @ 12:48 PM