PLAYSTATION Classic.
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

Baki musim cuti mungkin boleh dimanfaatkan dengan bermain konsol dinamakan PlayStation Classic. Konsol ini lebih kecil berbanding PlayStation asal dan ia menyediakan 20 permainan video yang popular ketika era 1990-an.

Ia juga akan hadir dengan dua controller PlayStation, satu kabel HDMI dan satu USB Micro-A.

PlayStation Classic mempunyai berat 170 gram dan saiznya pula adalah 45 peratus lebih kecil berbanding PS1 yang asal tetapi masih cukup relevan untuk membuatkan pengguna mengingati nostalgia selepas hampir 24 tahun.

PLAYSTATION CLASSIC

• HARGA: RM429

• PLATFORM: SCPH-1000RAVideo output: 720p, 480p

• AUDIO OUTPUT: Linear PCM

• INPUT/OUTPUT: HDMI, USB, controller x 2

• TENAGA: DC 5V/1.0A

• DIMENSI: 149 x 33 x 105mm

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Disember 2018 @ 12:44 PM