ASUS ZENFONE MAX PRO (M2)
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

ASUS menyediakan fon Android asli, Zenfone Max Pro (M2) yang menemui pengguna sebelum 2018 berakhir. Ia mempunyai kuasa pemprosesan Snapdragon 660 dengan keupayaan dua kamera bokeh beresolusi 12 megapiksel dan 5 megapiksel.

Menariknya, ASUS ZenFone Max Pro (M2) juga bertindak sebagai powerbank apabila mampu mengecas fon lain menggunakan kapasiti bateri 5000mAh yang turut berupaya memungkinkan pengguna bermain game sehingga 12 jam.

Berdasarkan paparan Full HD+, ASUS ZenFone Max Pro (M2) yang bersaiz 6.3 inci mempunyai antaramuka lebih kemas dan bersih di samping mampu menghasilkan rakaman video jenis 4K.

ASUS ZENFONE MAX PRO (M2)

• HARGA: RM859 (4GB+64GB)/RM999 (6GB+64GB)

• PEMPROSESAN: Qualcomm Snapdragon 666

• GPU: Adreno 512

• RAM: 4GB/6GB

• ROM: 64GB

• SLOT KAD: 3 - 2 x SIM, 1 x microSD

• KAMERA: 12MP+5MP

• KAMERA DEPAN: 13MP

• BATERI: 5000mAh

• OS: Android 8.1

• SKRIN: 6.3 inci

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Disember 2018 @ 12:42 PM