KAMERA Canon DSLR EOS M50, EOS 1500D, EOS 3000D. FOTO Amirudin Sahib
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


KAMERA DSLR memainkan peranan penting dalam fotografi dan harganya pun bukan murah.

Jadi, bayangkan dengan pembelian terbabit memerlukan penjagaan yang terbaik kerana anda mungkin mahu gunakannya untuk tempoh yang lama.

ANTARA TIP PENJAGAAN KAMERA:

1. Kamera hendaklah dipegang dengan cermat dan berhati-hati kerana kesan gegaran, ketukan dan hentakan yang kuat akan merosakkan kamera dan lensa yang digunakan.

2. Elakkan kamera terdedah kepada sinaran cahaya matahari secara berpanjangan, begitu juga daripada habuk dan debu. Pancaran matahari secara terus ke panel LCD menyebabkan ia akan gagal berfungsi dengan baik.

3. Elakkan terkena

hujan atau memegang kamera dengan tangan basah bagi mengelakkan litar pintas (short circuit) pada panel penting yang ada pada bahagian badan kamera.

4. Elakkan kesan jari (finger print) pada cermin lensa. Kesan cap jari mengandungi unsur minyak yang boleh merosakkan lapisan coating atas cermin lensa yang begitu sensitif.

5. Ketika mengambil gambar, pastikan juga tali kamera disangkut ke leher kita dan dililit sedikit pada tangan bagi mengelak kemungkinan kamera terjatuh.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Disember 2018 @ 7:00 AM