Muhammad Saufi Hassan
saufi@hmetro.com.my


PEMINAT tegar permainan PlayerUnknown’s Battleground Mobile (PUBG Mobile) berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai terkumpul sebanyak RM60,000.

Ia berikutan pengumuman yang dibuat oleh pemaju emulator android, Tencent bahawa Kejohanan Kebangsaan Mudah alih PUBG Mobile (PMNC) akan diadakan bermula Sabtu ini.

Pemenang hadiah pertama bagi kejohanan itu akan membawa pulang wang tunai RM20,000 manakala tempat pertama bagi pusingan kelayakan akan menerima wang tunai sebanyak RM1,500.

Pusingan kelayakan akan dilaksanakan di empat negeri seluruh negara antaranya Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak.

Hanya empat slot saja bagi setiap negeri dan semua finalis berkenaan akan berentap menguji kehandalan mereka di peringkat akhir yang akan diadakah pada 26 Januari depan di Sunway Velocity, Kuala Lumpur.

Bagi pusingan pertama akan diadakan di AEON Tebrau City, Johor, Sabtu ini, Kompleks Karamunsing, Sabah (25 Disember), Emart Batu Kawa, Sarawak (6 Januari) dan Sunway Velocity, Kuala Lumpur (12 Januari).

Pemain boleh melakukan pendaftaran di laman rasmi PUBG Mobile.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Disember 2018 @ 9:38 PM