Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

Ramai tidak menyedari terdapat beberapa fail tersembunyi yang boleh menyebabkan storan iPhone anda penuh.

Bagaimana untuk mengosongkan sedikit terutama fail tersembunyi yang mengganggu ruang serta memberi sedikit kesan kepada prestasi iPhone anda?

Jom lihat kaedah mengurangkan storan bagi iPhone iaitu storan yang membabitkan simpanan maya atau cloud.

1 .Buka ‘Settings’ dalam iPhone anda kemudian cari ‘General’

2. Lihat pada ikon ‘Usage’

3. Jika dilihat pada iCloud, ia sudah penuh, jadi klik pada ‘Manage Storage’

4. Klik dan melainkan anda mahu ‘Change Storage Plan’, apa yang perlu dilakukan ialah melihat saiz Documents & Data yang tersembunyi atau iCloud Photo Library yang mengandungi data backup.

5. Padamkan saja untuk mengosongkan ruang storan (saya nasihatkan anda memindahkannya ke PC atau OTG terlebih dulu).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Disember 2018 @ 3:28 PM