SAMSUNG Galaxy A9
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

Samsung mempunyai model telefon pintar kelas pertengahan menarik dengan siri Galaxy A dikenali sebagai A9 bersama kamera kuad 24 megapiksel (MP) pertama di dunia.

Antara ciri ditampilkan dalam kamera kuad siri Galaxy A9 itu ialah dua kali zum optikal bagi gambar yang lebih tajam dan jelas walaupun diambil dari jarak jauh.

Selain itu, katanya, menjadikan kamera itu lebih luar biasa, ia mempunyai fungsi lensa sudut lebar serta Scene Optimizer yang dikuasakan teknologi kecerdasan buatan (AI) pengesanan pemandangan.

SAMSUNG GALAXY A9

• HARGA: RM1,999

• PAPARAN: 6.3” Full HD+ Super AMOLED, 1080 x 2220

• KAMERA: 24MP AF, F1.7, Telephoto : 2X optical zoom, 10MP AF, F2.4, Ultra Wide : 120∞, 8MP, F2.4, Depth : 5MP, F2.2

• KAMERA DEPAN: 24MP, F2.0

• KENIPISAN: 7.8mm

• BERAT: 183g

• PEMPROSESAN: Octa Core (2.2GHz Quad + 1.8GHz Quad)

• RAM: 6GB

• BATERI: 3800mAh

• STORAN: 128GB, kad microSD hingga512GB.

• WARNA: Caviar Black, Lemonade Blue dan Bubblegum Pink

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Disember 2018 @ 2:10 PM