SAMSUNG Galaxy Note9. FOTO/NSTP
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

PENGUJI melayari beberapa laman e-dagang baru-baru ini sebelum mengakhiri pembelian di Shopee dan terbeli pula satu peranti, Samsung Galaxy Note9 untuk rakan.

Dalam artikel sebelum ini, kita mengenali Note9 melalui spesifikasinya. Dalam artikel kali ini, kita fokus kepada strim dan kelajuan.

Samsung Galaxy Note9 mengatasi telefon pintar lain dalam kelajuan memindah turun dan strim kandungan. Berapa banyak? Ia boleh dikatakan 42 peratus lebih cepat berbanding banyak telefon lain di pasaran.

Kelajuan ini sebahagian besarnya hasil modem CAT 18 LTE yang dibina dalam telefon dapat memberikan kelajuan muat turun sehingga 1.2Gbps walaupun ia juga jelas bergantung pada kelajuan rangkaian.


SAMSUNG Galaxy Note9. FOTO/NSTP

Namun, tidak boleh menafikan Samsung Galaxy Note9 juga menyumbang kepada kelajuan rangkaian dalam telefon yang anda gunakan.

Anda boleh mengalami kelajuan yang berbeza walaupun pada rangkaian yang sama dan di kawasan yang sama.

Pengguna mungkin berada di jalan raya, di pantai dan bergantung pada telefon mereka lebih daripada sebelumnya, tetapi tanpa teknologi rangkaian terkini dan terpantas yang tersedia seperti dalam Galaxy Note9, telefon anda mungkin agak lambat.

Samsung Galaxy Note9 bukan sahaja pantas – mereka juga mempunyai prosesor Qualcomm Snapdragon 845 yang terkini dan terbesar, sama ada RAM 6GB atau 8GB RAM.

Samsung Galaxy Note 9 mempunyai paparan 6.4 inci Super AMOLED Infinity yang memberikan pengguna dengan pengalaman multimedia yang luar biasa selain pembesar suara stereo AKG Harmon menyesuaikan bunyi keliling pintar.

Hasilnya, bermain game pada phablet ini menjadikannya seakan bermain dalam bilik penuh aksi ataupun sudah pasti dengan trend menonton strim video ‘online’ sekarang, ia membantu memperdengarkan audio dengan lebih jelas.

Anda ada Netflix dan iflix, kalau tak cukup elok juga pindah turun semua video terus dalam Samsung Galaxy Note9.

Berapa banyak simpanan yang anda perlukan bergantung kepada apa yang anda mahu gunakan dengan Note9.

Tapi janganlah risau, dengan saiz sampai 512GB lebih daripada mencukupi untuk menyimpan beban muzik dan gambar tetapi aplikasi besar dan video HD memerlukan memori yang lebih banyak.


SAMSUNG Galaxy Note9. FOTO/NSTP

Ada yang menyifatkan generasi masa kini sebagai ‘generasi M’ (generation M) yang mana ‘M’ mewakili multitasking atau membuat lebih daripada satu kerja dalam satu masa (pekerjaan berpakej).

Dalam kehidupan yang kian sibuk zaman ini, ramai di antara kita yang membuat pelbagai kerja pada satu masa, sama ada secara terpaksa mahupun tabiat yang disengajakan. Tambah pula dengan kehadiran Internet, seseorang mungkin saja melakukan tiga atau empat perkara dalam satu masa.

Ramai yang biasa memandu sambil berbual dan menaip mesej di telefon bimbit atau menyiapkan dokumen kerja sambil berborak di ruang sembang di Internet bukan?

Golongan yang paling ramai mempunyai tabiat melaksanakan kerja berpakej ini pula tidak lain tidak bukan, golongan remaja, khususnya dalam perkara yang berkaitan dengan hiburan.


SAMSUNG Galaxy Note9. FOTO/NSTP

Remaja dikatakan boleh berbual di telefon sambil mendengar radio, menonton televisyen serta melayari Internet pada satu masa!

Fenomena atau ‘budaya’ melakukan kerja berpakej ini berleluasa dalam generasi kini mungkin dipengaruhi kemodenan kehidupan yang mana banyak kemudahan membolehkan seseorang melaksanakan pelbagai kerja dalam satu masa.

Contoh terbaik, komputer dan Iinternet. Begitu juga dengan mesin dan perkakasan canggih yang boleh beroperasi secara automatik, sambil anda menyiapkan kerja yang lain.

Dengan Samsung Galaxy Note9, anda mendapat jawapan tentang apa dia multitasking dan ia semestinya fon yang paling kena dengan perkataan terbabit.

Apatah lagi, harga ditawarkan melalui laman e-dagang lebih murah dan ia peluang untuk membelinya.


SAMSUNG Galaxy Note9. FOTO/NSTP

SPESIFIKASI

PRODUK: Samsung Galaxy Note9

PENGELUAR: Samsung

LAMAN BELIAN: Shopee

CIRI: Telefon flagship

PRO: Kamera terbaik

KONTRA: -

KOMEN

KESELURUHAN: ****

REKA BENTUK: ****

PRESTASI: ****

BATERI: ****

MESRA PENGGUNA: ****

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 November 2018 @ 5:32 AM