Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

Microsoft Windows 10 kini memainkan peranan penting dalam penggunaan komputer untuk tujuan kerja atau belajar.

Bagi menggunakan Windows 10, anda perlu melihat beberapa shortcut atau jalan mudah yang memanfaatkan gabungan beberapa butang bagi tujuan produktiviti dan meringkaskan operasi.

Butang kekunci perlu ditekan bersama menggunakan tangan kiri dan kanan ketika menaip bagi memudahkan jalan untuk bergerak daripada satu aplikasi atau aplikasi lain selain tiba pada destinasi dalam Windows 10 itu sendiri. Antaranya:

1. Carian fail, aplikasi dalam PC.

2. Tekan logo Windows serta nama fail yang anda inginkan dalam kotak carian.

3. Carian untuk ‘Settings’.

4. Tekan butang dengan logo Windows dan butang ‘i’ serentak. Kemudian cari setting yang diinginkan.

5. Tukar antara Windows yang dibuka.

6. Tekan dan tahan butan Alt kemudian tekan pula butang Tab sehingga Window yang anda mahukan dipilih.

7. Pergi ke desktop dengan pantas.

8. Tekan logo Windows dan butang ‘D’ untuk meminimumkan tetingkap yang dibuka.

9. Buka File Explorer.

10. Tekan butang Windows dan butang E kemudian bula fail dalam File Explorer.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 November 2018 @ 1:40 PM