KEUPAYAAN foto lebih baik.
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


Anda boleh lihat kebanyakan telefon pintar berstatus flagship menambah beberapa modul kamera dan lensa pada bahagian belakang reka bentuk telefon mereka.

Bermula dengan satu lensa, kini anda boleh saksikan sehingga tiga kamera sekali gus pada bahagian belakang? Tapi kenapa?

Hakikatnya pengeluar telefon pintar melakukan beberapa inovasi yang berbeza untuk segmen telefon berlainan, jadi penulis akan mengulas sedikit mengenai pertambahan kamera pada telefon pintar.

Keupayaan banyak kamera belakang adalah ciri mewah pada masa ini yang hanya terdapat pada telefon seperti Huawei Mate20 atau Mate20 Pro dengan fungsi setiap kamera sebenarnya berbeza.

Terdapat pendekatan dinamakan ‘lebih kamera lebih baik berbanding satu’.

Modul dan lensa kamera yang berbeza lebih baik mengikut tugas yang berbeza.

Apertur yang rendah dan lensa sudut lebar sangat bagus untuk mengumpulkan perincian bagi imej yang berada pada jarak dekat tetapi tidak begitu hebat apabila subjek anda bergerak.

Lensa yang lebih panjang boleh meningkatkan kualiti imej subjek yang jauh tetapi mungkin kurang cahaya.

Dengan kamera konvensional, merakam dua foto dengan dua lensa berbeza bukanlah satu idea yang baik. Misalnya anda perlu dua telefon dengan jenis lensa berlainan, kemudian mencantumkannya untuk satu imej bukanlah kerja yang mudah bukan?

Tiga imej seperti dirakam menggunakan kamera Huawei Mate20 Pro menggunakan lensa Leica digabungkan dengan pemprosesan imej khusus, perisian yang kamera digital beroperasi sehingga anda boleh menggabungkan kekuatan ketiga-tiga lensa dan pemproses imej sambil membuang beberapa kecacatan pada foto.


PENGGUNAAN pelbagai kamera sesuai ketika zaman AI sekarang.

Ia kemudian menghasilkan imej tunggal yang lebih cerah, lebih terperinci dan jelas daripada kamera dalam satu telefon saja.

Menggabungkan berbilang imej bukan teknik baru. Begitulah cara fotografi HDR berfungsi apabila jurugambar mengambil beberapa imej pada tahap pendedahan yang berbeza untuk menyerlahkan bahagian berwarna imej.

Selepas itu, ia menggabungkannya untuk ‘Julat Dinamik Tinggi’. Pemprosesan kamera telefon hanya mengautomasikan proses ini dan menggunakannya dengan serta-merta untuk memberi pengguna gambar yang lebih baik terutamanya dalam cahaya rendah.

Misalnya, kesan potret ‘bokeh’ adalah contoh yang baik apabila fungsi lebih daripada satu lensa diperlukan oleh kebanyakan kamera telefon.

Hanya sebahagian imej buatan untuk menghasilkan kesan yang sama namun kebanyakannya diubah suai perisian.

Tapi dengan tiga lensa, memproses imej lebih asli hasil latar belakang sebenar lebih cantik dan tidak nampak seperti gambar terbabit dibuat-buat.

Selain itu, kamera telefon memerlukan zum yang lebih baik dan salah satu lensa diperlukan untuk tujuan terbabit.

Disebabkan badan telefon terlalu kecil dan nipis untuk menempatkan lensa jenis elektronik dan optik mini yang diperlukan untuk fotografi zum sebenar, lensa Leica dalam Huawei Mate20 Pro membantu meningkatkan kualiti imej.

Lensa sekunder dalam telefon pintar boleh ditetapkan ke tahap zum sedikit lebih rendah yang hasilnya tidak akan mengalahkan DSLR tetapi zum digital ini membantu mendapatkan imej jauh yang tidak pecah.

Lensa kedua juga biasanya ditetapkan pada nilai ‘F-Stop’ yang berbeza, nisbah apertur kepada diameter lensa.

Ia adalah sifat fizikal modul kamera bermaksud lensa yang diperbesarkan lebih jauh berfungsi dengan cahaya yang kurang daripada lensa standard.

Ia sekali gus merakam pada suasana yang lebih gelap dan gambar kurang jelas boleh ditangani. Sekali lagi, pemprosesan imej yang menggabungkan pelbagai imej boleh membantu mengurangkan masalah ini.


Mate20 Pro

Sesetengah perisian yang lebih menarik seperti keupayaan Huawei untuk merakam dua gambar dan ‘menambah’ bahagian imej yang hilang daripada rakaman zum juga diaktifkan.

Huawei Mate20 Pro mempunyai tiga kamera Leica di belakang masing-masing iaitu 40MP sudut lebar (f1.8), 20MP sudut ultra lebar (f2.2) dan 8MP telephoto (f2.4).

Sudah pasti keupayaan tiga lensa berbeza terbabit memberi manfaat, ditambah keupayaan perisian pada AI dan kerjasama dengan Leica memberi hasil menarik ketika anda merakam foto.

Mate 20 Pro menampilkan paparan OLED 6.39 inci yang sangat hebat. Terdapat pengesan cap jari di dalam skrin.

Cara menetapkannya hampir sama dengan cara tradisional iaitu dengan menyentuh ibu jari pada skrin selama beberapa saat sebelum membukanya.

Bunyinya seperti futuristik dan ia berfungsi dengan baik walaupun tidak begitu pantas seperti sensor fizikal.

Huawei Mate20 Pro dikuasakan cip pemprosesan Kirin 980 yang dapat membantu meningkatkan kecekapan dan memproses dengan baik tanpa memberi kesan kepada jangka hayat bateri.

Ia mempunyai memori 6GB dan storan sebesar 128GB. Terdapat dwienjin neural Huawei di dalam Kirin 980 yang dikatakan mampu meningkatkan AI sebanyak 134 peratus.

Secara tidak langsung, ia membantu peranti itu memproses video secara masa sebenar dan menambah kesan bokeh secara langsung.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 November 2018 @ 4:31 AM