FON Huawei Mate20 Pro. FOTO/NSTP
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

SELEPAS kejayaan Huawei P20 Pro, syarikat multinasional China itu kini muncul dengan Huawei Mate 20 Pro yang hadir dengan tiga kamera di bahagian belakang, sensor cap jari dalam paparan dan terbaru cip pemprosesan Kirin 980 yang cekap.

Seperti biasa, peranti jenis ini tidak mempunyai penyambung fon kepala tetapi diiktiraf IP68.

Oleh itu, pengguna tidak perlu risau sekiranya air tertumpah ataupun telefon terjatuh dalam air.

Selain itu, ia juga menggunakan ciri pengecasan tanpa wayar yang dikatakan lebih pantas berbanding iPhone XS Max.


FON Huawei Mate20 Pro. FOTO/NSTP

Mate 20 Pro menampilkan paparan OLED 6.39 inci yang sangat hebat. Terdapat pengesan cap jari di dalam skrin.

Cara menetapkannya hampir sama dengan cara tradisional iaitu dengan menyentuh ibu jari pada skrin selama beberapa saat sebelum membukanya.

Bunyinya seperti futuristik dan ia berfungsi dengan baik walaupun tidak begitu pantas seperti sensor fizikal.

Huawei Mate 20 Pro dikuasakan cip pemprosesan Kirin 980 yang dapat membantu meningkatkan kecekapan dan memproses dengan baik tanpa memberi kesan kepada jangka hayat bateri.


FON Huawei Mate20 Pro. FOTO/NSTP

Ia mempunyai memori 6GB dan storan sebesar 128GB. Terdapat dwienjin neural Huawei di dalam Kirin 980 yang dikatakan mampu meningkatkan AI sebanyak 134 peratus.

Secara tidak langsung juga, ia membantu peranti itu memproses video secara masa sebenar dan menambah

kesan bokeh secara langsung.

Mate 20 Pro sarat dengan kamera utama 40 megapiksel, kamera telefoto untuk zum 8

megapiksal dan kamera ultra lebar 20 megapiksel.

Bagaimanapun, perisian masih menjadi kelemahan Huawei walaupun Mate 20 Pro menggunakan Android 9 Pie. Pengguna masih mendapat manfaat daripada ciri Pie seperti isyarat navigasi dan seksyen Digital Wellbeing untuk membantu mengekang penggunaan telefon anda, tetapi rupa, rasa dan UI masih terasa seperti Huawei.

Kesimpulannya, dengan penawaran sejumlah ciri menarik seperti ini, Mate 20 Pro boleh dikatakan telefon yang cukup sempurna dan berpotensi menjadi telefon Android terbaik dan paling inovatif tahun ini.


FON Huawei Mate20 Pro. FOTO/NSTP

HUAWEI MATE20 PRO

PENGELUAR: Huawei

CIRI: Telefon flagship

PRO: Pemprosesan kuasa tinggi

KONTRA: Android 9

KOMEN

Keseluruhan: ****1/2

Reka Bentuk: ****1/2

Prestasi: ****1/2

Bateri: ****

Mesra Pengguna: ****1/2

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 November 2018 @ 7:00 AM