IPHONE XS dan XS Max. NSTP/EMAIL
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

APPLE akan mula menjual tiga iPhone model iPhone XS, XS Max dan XR (disebut iPhone 10S, 10S Max dan 10R) yang mempunyai keunikan warna dengan saiz berbeza selain Apple Watch 4 esok.

iPhone XS dan XS Max dibezakan dengan saiz mempunyai rekaan bucu-ke-bucu yang minimum dan lasak berdasarkan ciri IP68 mampu masuk air sedalam dua meter selama 30 minit.

Berdasarkan warna kelabu dan emas, ia dikuasakan pemprosesan baru, A12 Bionic dengan cip 7nm dan 6.9 bilion transistor. Selain itu, ia lengkap enam core CPU dan empat core GPU yang menyediakan prestasi dua kali lebih baik berbanding iPhone dulu.

Model iPhone XS bersaiz 5.8 inci manakala iPhone XS Max pula 6.5 inci.

Harga ditawarkan iPhone XS termasuk RM4,999 (64GB), RM5,699 (256GB) dan RM6,649 (512GB).

Sementara itu, iPhone XS Max pula berharga RM5,399 (64GB), RM6,099 (256GB) dan RM7,049 (512GB).

Harga iPhone XR akan dijual pada harga RM3,599 (64GB), RM3,849 (128GB) dan RM4,299 (256GB).

Apple Watch 4 pula berharga RM1,749 (40mm) atau RM1,899 (44mm).

Uniknya, Apple Watch 4 baru kali ini apabila ia datang dengan antaramuka bersih dan fungsi seakan ‘walkie talkie’ untuk berhubung dengan Apple Watch lain.

iPhone XR datang dengan warna biru, merah, kuning, putih, emas dan hitam.

Uniknya, Malaysia antara negara pertama yang menerima iPhone XR yang datang dengan satu lensa tunggal bagi kamera belakang namun mampu merakam gambar bokeh yang cantik.


IPHONE XS

IPHONE XS

Harga: RM4,999 (64GB), RM5,699 (256GB) dan RM6,649 (512GB)

Warna: Emas, kelabu dan perak

Berat: 177g

Paparan: 5.8 inci Super Retina, OLED

Ciri: IP68

Pemprosesan: A12 Bionic

Kamera: 12MP+12MP

Kamera depan: 7MP


IPHONE XS Max

IPHONE XS MAX

Harga: RM5,399 (64GB), RM6,099 (256GB) dan RM7,049 (512GB)

Warna: emas, kelabu, perak

Berat: 208g

Paparan: 6.5 inci Super Retina, OLED

Ciri: IP68

Pemprosesan: A12 Bionic

Kamera: 12MP+12MP

Kamera depan: 7MP


IPHONE XR

IPHONE XR

Harga: RM3,599 (64GB), RM3,849 (128GB) dan RM4,299 (256GB)

Warna: Biru, putih, hitam, emas, merah, kuning dan jingga

Paparan: 6.1 inci Liquid Retina HD, LCD

Kenipisan: 8.3mm

Berat: 194g

Ciri: IP67

Pemprosesan: A12 Bionic

Kamera 12MP

Kamera depan: 7MP


APPLE Watch 4

APPLE WATCH 4

Harga: RM1,749 (40mm) atau RM1,899 (44mm)

Dimensi: 44 x 38 x 10.7mm

Berat: 48g

Ciri: IP68

Skrin: 1.78 inci AMOLED

OS: WatchOS 5.0

Set cip: Apple S4

Memori dalaman: 16GB

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Oktober 2018 @ 3:00 AM