POCOPHONE F1
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

Xiaomi mula menjual Pocophone F1 hari ini.

Ia dijual dalam dua versi iaitu 6GB+64GB atau 6GB+128GB, masing-masing berharga RM1,237 dan RM1,428 sehingga 10 September ini. Selepas tarikh 10 September, masing-masing akan dijual pada RM1,299 dan RM1,499 disebabkan SST.

Jualan dilakukan secara eksklusif melalui Lazada dan Mi Store dengan dua warna saja iaitu hitam atau biru.

Satu lagi telefon, Mi 8 juga berada di pasaran dengan versi sama iaitu 6GB+64GB dan 6GB+128GB.

Tapi, telefon 'flagship' ini mempunyai tiga warna ditawarkan untuk Xiaomi Mi 8 iaitu hitam, biru dan putih.

Xiaomi Mi 8 mempunyai skrin 6.21 inci FHD+ AMOLED dengan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 845 menggunakan Android 8.1 Oreo di samping mempunyai dua slot kad SIM nano.


MI 8

XIAOMI POCOPHONE F1

• HARGA: RM1,237 atau RM1,428

• RAM: 6GB

• STORAN: 64GB atau 128GB

• PEMPROSESAN: Qualcomm Snapdragon 845

• CIRI: teknologi penyejukan LiquidCool.

• GRAFIK: Adreno 630 GPU

• KAMERA: 12MP + 5MP Dual Pixel AI

• KAMERA DEPAN: 20MP

• BATERI: 4000mAh

• SKRIN: 6.18 inci FHD+ (2246 x 1080)

• OS: Android 8.1 Oreo / MIUI 9.6.

XIAOMI MI 8

• HARGA: RM1,599 atau RM1,899

• RAM: 6GB

• STORAN: 64GB / 128GB

• PEMPROSESAN: Qualcomm Snapdragon 845

• GRAFIK: Adreno 630 GPU

• KAMERA: 12MP + 12MP Dual Pixel AI

• KAMERA DEPAN: 20MP

• BATERI: 3400mAh

• SKRIN: 6.21 inci FHD+ (2246 x 1080)

• OS: Android 8.1 Oreo / MIUI 9.6.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Ogos 2018 @ 3:04 PM