SONY A9F
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

Model terbaru televisyen OLED daripada Sony A9F yang boleh didapati di Malaysia pada September nanti menawarkan pelbagai teknologi terbaru dan terkini.

Televisyen yang dibina dengan cip terkini X1 Processor itu membolehkan pengguna menonton dengan lebih jelas, tepat daripada segi warna dan kontras menjadikan satu pengalaman baru menonton televisyen OLED.

Penggunaan cip terbaru di dalam siri televisyen A9F itu juga dilengkapkan dengan saiznya yang ultra-nipis dan didatangkan dalam pelbagai saiz daripada 55 sehingga 65 inci.

SONY A9F

• HARGA: RM14,999 (55 inci), RM21,999 (65 inci)

• PAPARAN: OLED dengan Pixel Contrast Booster

• PEMPROSESAN: Picture Processor X1

• FORMAT: 4K HDR

• AUDIO: Acoustic Surface Audio+

• MEDIA: Android TV 8.0 Oreo

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Ogos 2018 @ 1:43 PM