HUAWEI Mediapad M5
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

Tablet game. Itu yang ditawarkan Huawei MediaPad M5 dan M5 Pro, masing-masing bersaiz 8.4 inci dan 10.8 inci.

Direka khas kepada kaki game, Huawei MediaPad M5 dan M5 Pro mempunyai pemprosesan berkuasa tinggi dan sistem operasi berasaskan EMUI 8.0 yang cergas dalam menghasilkan platform bagi permainan kasual.

Tidak cukup dengan itu, kapasiti bateri 5100mAh (MediaPad M5) dan 7500mAh (M5 Pro) cukup menyediakan tablet ini dengan ketahanan bateri di samping teknologi Quick Charge yang mengecas penuh dalam tempoh dua jam (M5) atau tiga jam (M5 Pro) saja.

HUAWEI MEDIAPAD M5, M5 PRO

• HARGA: RM1,499 (M5) / RM1,899 (M5 Pro)

• WARNA: Space Grey, Champagne Gold (M5) / Space Grey RM1,899 (M5 Pro)

• SAMBUNGAN: USB-C

• SKRIN: 8.4 inci (M5) / 10.8 inci (M5 Pro)

• AUDIO: Harman Kardon

• OS: Android 8.0 Oreo EMUI 8.0

• PEMPROSESAN: Kirin 960

• RAM: 4GB

• ROM: 64GB

• KAMERA: 13MP, 8MP (depan)

• BATERI: 5100mAh (M5) / 7500mAh (M5 Pro)

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Julai 2018 @ 12:54 PM