Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

Storan iPhone pada masa sekarang sering penuh menyebabkan penggunanya geleng kepala apatah lagi jika sekadar 32GB atau masih ada yang kekal 16GB seperti pengguna iPhone 6.

Bagaimana untuk mengosongkan sedikit terutama fail tersembunyi yang mengganggu ruang serta memberi sedikit kesan kepada prestasi iPhone anda?

Jom lihat kaedah mengurangkan storan bagi iPhone iaitu storan yang membabitkan simpanan maya atau cloud.

1. Buka ‘Settings’ dalam iPhone anda kemudian cari ‘General’

2. Lihat pada ikon ‘Usage’. Jika dilihat pada iCloud, ia sudah penuh, jadi klik pada ‘Manage Storage’. Klik melainkan anda mahu ‘Change Storage Plan’, apa yang perlu dilakukan ialah melihat saiz Documents & Data yang tersembunyi atau iCloud Photo Library mengandungi data backup.

3.Padamkan saja untuk mengosongkan ruang storan (saya nasihatkan anda memindahkannya ke PC atau OTG terlebih dulu).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Mei 2018 @ 12:51 AM