REDMI Note 5
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

Xiaomi memperkenalkan dua varian Redmi Note 5 bagi pasaran Malaysia iaitu RAM 3GB bersama storan 32GB dan RAM 4GB dengan storan 64GB.

Redmi Note 5 ini diperkasakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 636, dwikamera 12 megapiksel dan lima megapiksel serta kamera depan beresolusi 13 megapiksel dengan mod potret Beautify 4.0.

Pemprosesan baru yang pertama kali diperkenalkan untuk telefon pintar 40 peratus lebih baik berbanding Qualcomm Snapdragon 630 sebelum ini.

XIAOMI REDMI NOTE 5

• HARGA: RM799 (3GB + 32GB) / RM999 (4GB + 64GB)

• RAM: 3GB / 4GB

• STORAN: (3GB + 32GB) / (4GB + 64GB)

• PEMPROSESAN: Qualcomm Snapdragon 636

• KAMERA: 12MP+5MP

• KAMERA DEPAN: 13MP

• SKRIN: 5.99 inci FHD+ 18:9

• BATERI: 4000mAh

• OS: MIUI 9 (Android Oreo)

• WARNA: Biru/emas/hitam

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mei 2018 @ 1:33 PM