IMRI Mokhtar.
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

TM memperkenalkan unifi Wireless Broadband yang membolehkan anda mendapatkan 60GB data Internet.

Pada harga RM83.74 sebulan, ia boleh diperoleh secara eksklusif menerusi ‘Skuad Sempurna unifi’.

Naib Presiden Eksekutif Unifi Imri Mokhtar, berkata TM sentiasa memastikan pelanggan mendapat pengalaman Internet yang terbaik daripada unifi.

“Untuk pelanggan yang tinggal di dalam kawasan liputan perkhidmatan unifi LTE, ia adalah penyelesaian terbaik untuk anda.

“Dengan sambungan yang menyeluruh, anda akan menikmati pengalaman kehidupan digital yang anda inginkan,” katanya.

Beliau berkata, pengguna boleh memindah turun dan pindah naik apa saja selain menikmati penstriman video tanpa gangguan bersama keluarga atau rakan.

“Ia bertepatan janji kami iaitu ‘Hidup Lebih Mudah’, rumusan ini akan memperkukuh peranan unifi sebagai jenama peneraju konvergens di negara ini,” katanya.

Langganan termasuk peranti router tanpa wayar dengan hanya RM599 berbanding harga biasa RM1,099.

Terhad kepada tiga unit untuk setiap pelanggan, peranti ini didatangkan bersama jaminan selama 12 bulan. Oleh kerana tiada ikatan kontrak dikenakan, tiada sebarang penalti dan pengembalian yang merumitkan.

Ia sesuai kepada pengguna yang sering menggunakan data dalam jumlah yang tinggi, sekiranya data 60GB tidak mencukupi, anda boleh membeli data tambahan menerusi aplikasi unifi mobile care atau menerusi online.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 April 2018 @ 1:31 PM