XIAOMI Redmi 5 Plus.
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

Sesuai bagi mereka yang ‘bajet tak keras’, Xiaomi memperkenalkan model telefon Redmi 5 dan Redmi 5 Plus yang kedua-duanya datang dengan skrin jenis FullView 18:9 serta pemprosesan Qualcomm jenis 14nm.

Xiaomi Redmi 5 dan Redmi 5 Plus dibezakan dengan pemprosesan, saiz, RAM dan storan tetapi kedua-duanya mempunyai kuasa kamera sama yang mempunyai sensor piksel lebih besar 1.25um sesuai untuk gambar cantik.

Redmi 5 beroperasi pada Qualcomm Snapdragon 450 manakala Redmi 5 Plus pula Qualcomm Snapdragon 625.

Kamera depan juga mempunyai kamera swafoto 5 megapiksel yang lebih baik berbanding model murah Xiaomi sebelum ini.

Redmi 5 (3300mAh) dan Redmi 5 Plus (4000mAh) mempunyai keupayaan bateri berbeza namun teknologi bateri pada Xiaomi kali ini memungkinkan anda menggunakan fon ini seharian tanpa powerbank.


XIAOMI Redmi 5.

XIAOMI REDMI 5

• HARGA: RM679

• PEMPROSESAN: Qualcomm Snapdragon 450

• PAPARAN: 5.7 inci (18:9)

• RAM: 3GB

• STORAN: 32GB

• KAMERA: 12MP

• KAMERA DEPAN: 5MP

• BATERI: 3300mAh

• OS: MIUI 9, Android 7.0

XIAOMI REDMI 5 PLUS

• HARGA: RM749

• PEMPROSESAN: Qualcomm Snapdragon 450

• PAPARAN: 5.99 inci (18:9)

• RAM: 4GB

• STORAN: 64GB

• KAMERA: 12MP

• KAMERA DEPAN: 5MP

• BATERI: 4000mAh

• OS: MIUI 9, Android 7.0

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Februari 2018 @ 11:34 AM