Lenovo menampilkan pelbagai gajet canggih ketika Pameran Elektronik Pengguna yang berlangsung baru-baru ini termasuk Lenovo Mirage Solo, Mirage Camera dan Smart Display.

Mirage Solo menjadi set VR pertama tanpa wayar yang dikuasakan Qualcomm Snapdragon 835 VR dengan RAM 4GB.

Ia membawakan teknologi baru seperti WorldSense dan VR180 terus dalam peranti ini dengan cara pemasangan yang mudah malah pengguna juga mampu merakam serta berkongsi video VR anda sendiri.

Manakala Lenovo Mirage Camera pula memudahkan penciptaan kandungan realiti maya (VR) dengan merakam video atau imej yang kemudian boleh dipindah naik menggunakan akaun Google Photos atau YouTube.

Ia sekali gus membolehkan sesiapa saja merakam video VR tanpa skil yang khsusus dan kamera profesional.

Lenovo Smart Display seakan-akan tablet yang menjadi papan iklan di ruang rumah dibantu arahan suara Google Assistant menjadikannya lebih mudah guna tanpa menyentuh skrin sekalipun.

Lenovo membolehkan penggunaan perkomputeran yang cool seperti menonton YouTube atau membuat panggilan video hanya dengan arahan suara.

SPESIFIKASI:

LENOVO MIRAGE CAMERA

Dimensi: 55 x 105 x 22mm

Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 626

RAM: 2GB

ROM: 16GB eMMC, slot kad microSD

Bateri: 2200mAh

Pengecas: USB-C

Lensa: 2 x 13MP

Apertur: f2.1

Video: 4K/1440P/1080P @30fps

Kesesuaian: Android 6.0 ke atas/ iOS 7

ke atas

LENOVO MIRAGE SOLO (DAYDREAM)

Dimensi: 204 x 269.5 x 179.86mm

Berat: 645g

OS: Daydream OS

Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 835

RAM: 4GB

ROM: 64GB, slot kad microSD

Bateri: 4000mAh

Paparan: 5.5 inci QHD LCD

LENOVO SMART DISPLAY

Berat: 1kg

Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 624

Mikrofon: 2 x 2

RAM: Hingga 2GB

Paparan: 8” HD IPS

Kamera depan: 5MP

Panggilan video: 720p

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 January 2018 @ 11:02 AM