10 ciri cemerlang serlah Huawei Mate 10.
10 ciri cemerlang serlah Huawei Mate 10.
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


Apabila penguji katakan Huawei Mate 10 mampu menjadi gajet paling ‘awesome’ tahun ini, ia bukan kenyataan main-main.

Perubahan siri Mate memang ketara. Pendek kata, ia bukan lagi calang-calang buatan China seperti dimomokkan sebelum ini.

Antara 10 ciri menarik yang penguji simpulkan selepas menggunakan Huawei Mate 10 sudah pasti:

1. Cip AI terbaik

Huawei Mate 10 menggunakan Kirin 970 yang mempunyai cip pemprosesan AI terbenam dengan EMUI 8.0.

Ia membolehkan fon ini seakan membaca tabiat anda. Jadi, selepas menggunakannya sekian lama, Mate 10 memahami apa yang penguji inginkan ketika melayari Internet, membuka aplikasi dan memberi cadangan kandungan berdasarkan cip terbabit.

Hasil kuasa RAM 4GB+ROM 64GB manakala versi Pro pula dengan RAM 6GB+ROM128GB memang melancarkan operasi fon.

2. Kamera

Sudah pasti ini alasan paling ditunggu. Sistem dwilensa baru sememangnya hebat. Terdapat bukaan dwi-apertur jenis f1.6 yang pertama di dunia pada resolusi 12MP untuk RGB serta 20MP bagi monokrom.

Ia bermakna, anda boleh memperoleh gambar depth of field yang cantik, foto terperinci, fotografi pada pencahayaan rendah serta imej tanpa kabur.

Sekali lagi, AI memainkan peranan apabila ia mampu mengesan sehingga 13 objek dirakam termasuk gambar binatang, manusia, makanan, teks, langit, pantai, mod malam, terbit matahari dan potret.

Kemudian, setting akan ditukar dengan automatik dan ia ‘mewarnakan’ imej secara asli serta nampak seakan-akan hidup.

3. Boleh bertukar jadi PC

Ia membolehkan anda menjadikan fon ini sebagai pejabat peribadi dengan mod desktop berasaskan EMUI, lengkap 50 terjemahan bahasa dan hubungan melalui LinkedIn.

Terdapat model telefon yang memerlukan anda mempunyai dok khas bagi memuatkan telefon sebelum menyambungnya ke monitor.

Namun lain pula dengan Mate 10 boleh dijadikan CPU dan satu kabel sudah memadai menyambungkan ke monitor dan menukarnya menjadi set PC baru. Fungsi ini dipanggil Easy Projection.

Segala kerja boleh dipindahkan dengan pantas bersama kelengkapan kerja seperti pembentangan digital dan perkongsian fail.

Telefon pula boleh ditukar menjadi pad sentuh seakan-akan anda menggunakan pada tengah pada laptop sendiri.

Lagipun, perisian Microsoft Office juga disediakan. Mudah!

4. Bateri tahan lama

Pada penggunaan aktif, berapa lama agaknya bateri mampu bertahan, enam atau tujuh jam? Mengikut maklumat awal, Mate 10 mempunyai penambahbaikan bateri sebanyak 30 peratus berbanding Mate 9.

Bermakna, sekali pun anda pengguna aktif, bateri 4,000mAh, Mate 10 masih bertahan sehari suntuk manakala penggunaan biasa pula selama dua hari. Tambahan pula, bateri siri Mate 10 disahkan selamat oleh agensi pemantauan keselematan Jerman.

Lagipun, dengan kuasa SuperCharge, ia mampu mengecas 58 peratus bateri dalam masa 30 minit saja.

5. Terjemahan

Kemudahan AI Accelerated Translator ini memudahkan dan pantas mengesan teks, perbualan, suara dan imej kepada bahasa anda.

Ciri penterjemah masa sebenar ini Mate 10 ini berupaya menterjemah 50 bahasa dengan kuasa AI menerusi aplikasi Translator.

6. Skrin paling jelas

Banyak model telefon yang bersaiz besar namun ia sekadar body apabila skrinnya tidak cukup puas atau luas untuk ditatap.

Huawei Mate 10 mempunyai skrin FullView 5.9 inci 1 jenis 2K (2560 x 1400 piksel) RGBW HDR pada nisbah paparan 16:9 cukup lebar untuk menonton, dua skrin kerja dan bermain game.

7. Perisian

Seperti yang dinyatakan penguji awal tadi, AI memainkan peranan yang penting mengoperasikan model Mate 10 ini, tapi kalau bukan kerana perisian, mungkin tak jalan! sehinggakan telefon terbabit seakan-akan robot sedang mengikuti anda.

Misalnya, penggunaan AI dalam menterjemah bahasa sama ada melalui arahan suara atau teks yang 300 peratus lebih pantas dengan aplikasi Microsoft Translator, berbanding telefon biasa selain boleh digunakan secara online atau offline.

8. Internet lebih pantas

Terima kasih kepada ciri 4x4 MIMO, 256QAM serta 3CC CA iaitu aspek teknikal pada rangkaian, anda akan memperoleh telefon pintar 4.5G 1.2Gbps Cat.18 yang pertama di dunia.

Maksudnya? Ia memberi kelajuan data sehingga 1.2Gbps yang menyokong Internet laju. Kini terpulang pada syarikat telekomunikasi menawarkan Internet pantas.

9. Harga boleh tahan

Kebanyakan fon ‘flagship’ mempunyai nilai harga melangkau RM3,000, tapi Mate 10 hanya RM2,699. Boleh belinya di sini, https://www.vmall.my/huawei-mate-10 atau https://www.vmall.my/huawei-mate-10-pro untuk mendapatkannya.

10. Beroperasi pantas

Sistem algoritma pembelajaran mesin (MLA) yang membaca tabiat penggunaan telefon pengguna bagi memproses storan, sistem dan memori secara bersepadu.

Sekali gus, anda masih menyaksikan Mate 10 beroperasi laju meskipun selepas 18 bulan memakainya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Disember 2017 @ 6:05 AM