REKAAN cantik, bateri tahan lama.
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

Fon empat kamera, Huawei Nova 2i kini ditawarkan dengan warna Aurora Blue yang juga edisi terhad bermula sekarang.

Ia diperkenalkan pusat jualan Huawei di seluruh pada harga RM1,299.

Paling menarik, dwikamera di depan dilengkapi flash mampu memberikan kesan bokeh yang sebelum ini hanya dimiliki kamera utama telefon pintar biasa.

Kamera belakangnya mempunyai resolusi 16 dan 2 megapiksel dengan saiz piksel 1.75um menghasilkan foto yang jelas.

Kamera Nova 2i untuk depan dan belakang berupaya merakam imej yang jelas tidak kira pada mana-mana persekitaran selain kualiti imejnya seakan-akan menggunakan kamera DSLR.

Keupayaan kesan bokeh yang ada tidak kira pada gambar standard atau swafoto.

Tambah menarik, anda boleh tetapkan fokus imej meskipun gambar sudah dirakam jadi fotonya boleh menonjol lebih cantik.

Bagi kamera depan, terdapat fungsi flash ambien pintar yang menghasilkan swafoto lebih cerah meskipun ketika itu anda berada dalam suasana gelap bersama rakan. Maklumlah, aktiviti bersama biasanya tidak kira di mana saja.

Ia mempunyai saiz skrin 5.93 inci jenis IPS HD penuh (resolusi 1080x2160) bersama pemprosesan Huawei Kirin yang menggabungkan 2.36GHz 4 teras dan 1.7GHz 4 teras.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 November 2017 @ 1:38 PM