HONOR 6A Pro
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

Honor memperkenalkan peranti yang disasarkan khusus untuk golongan muda, Honor 6A Pro kepada pengguna Malaysia. Peranti yang didatangkan dengan paparan 1280x720 HD berukuran 5 inci ini dikuasakan oleh pemprosesan berkelajuan tinggi Qualcomm 8-core, sistem operasi EMUI 5.1 bedasarkan Android 7.0 Nougat, RAM 3GB serta kapasiti penyimpanan 32GB (boleh dikembangkan sehingga 128GB dengan kad microSD), menjanjikan pengguna prestasi terhebt tanpa kompromi.

Melengkapkan lagi prestasi peranti itu adalah sistem identifikasi cap jari pelbagai fungsi untuk pengalaman pengguna yang lebih intuitif.

Pengguna boleh membuka kunci peranti mereka sepantas 0.5 saat dengan sentuhan cap jari. Ia juga membolehkan pengguna menikmati pelbagai fungsi lain seperti merakam foto atau video, menjawab panggilan, menghentikan penggera, mencari foto dan memaparkan panel notifikasi dengan hanya satu jari.

Bagi peminat fotografi, 6A Pro dilengkapi dengan kamera belakang 13MP yang menyokong PDAF.

Kamera hadapan 5MP pula dilengkapi teknologi pencahayaan skrin pintar dan Beauty Mode 3.0, membuat foto selfie kelihatan hebat walaupun dalam persekitaran yang gelap.

Peranti dengan bateri 3,020mAh terbabit membolehkan mainan video HD sehingga 12 jam, hiburan muzik sehingga 57 jam dan 10 jam melayari internet 4G.

HONOR 6A PRO

• HARGA: RM699

• PEMPROSESAN: OS: Android 7.0 + EMUI 5.1

• STORAN: 32GB (menyokong sehingga 128GB)

• RAM: 3GB

• KAMERA: 13MP, 5MP (depan)

• SKRIN: 5”

• PAPARAN: HD

• RESOLUSI: 1280 x 720

• BATERI: 3,020mAh

• WARNA: Kelabu dan emas

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 November 2017 @ 1:33 PM