Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

Menerima ASUS ZenFone 4 Selfie Pro mengundang penguji untuk mencubanya sepanjang minggu cuti persekolahan lalu.

Sudah pasti ia ditujukan pada generasi swafoto dengan kamera depan ZenFone 4 Selfie Pro menerima semua komponen premium yang diperlukan untuk menghasilkan gambar yang menawan.

Pada bahagian depan pula anda akan menemui sepasang kamera bersama lampu LED.

Satu kamera menggunakan sensor Sony IMX 362 12MP dengan apertur F1.8.

Uniknya kamera ini berbanding kamera lain ialah kehadiran SuperPixel Engine yang ditugaskan untuk memproses isyarat imej dalam sensor.

Kamera pula akan menghantar isyarat ini terus ke Image Signal Processor (ISP) yang terletak dalam cip pemprosesan Snapdragon 625 untuk diproses menjadi gambar.

SuperPixel Engine adalah teknologi yang dibangunkan khas oleh ASUS untuk menggantikan ISP pada cip Snapdragon.

Kamera kedua mempunyai kelebihannya yang tersendiri yang menggunakan lensa berjarak fokal 12mm mampu merakam gambar bersudut pandang luas hampir menyamai sudut pandang sebuah kamera aksi.

Ciri Selfie Master menjadi ketagihan apabila ia ciri yang unik pada produk ASUS membantu pengguna terutama menghasilkan swafoto yang cantik walaupun ketika itu mereka tidak mengenakan make-up di muka.

Selfie Master pada ZenUI akan menaikkan seri wajah anda secara digital dalam video mahupun imej.

Lebih menarik, bukan saja pada rakaman gambar, Selfie Master juga membolehkan anda beraksi secara langsung seperti di Facebook dan Instagram seakan memakai solekan menerusi BeautyLive Tidak kiralah sama ada anda sedang ‘livestream’ atau ‘vlogging’, BeautyLive boleh digunakan pada mana-mana aplikasi yang menggunakan kamera.

ZenFone 4 Selfie Pro mempunyai paparan sebesar 5.5 inc AMOLED dengan resolusi HD 1080p.

Bercakap mengenai ketahanan bateri, ASUS ZenFone 4 Selfie Pro yang beroperasi pada kapasiti 3600mAh cukup tahan lama.

Cuma apabila kita ‘online’ dengan siaran langsung yang lama di laman sosial, jangka hayatnya sedikit menjunam namun tidak serius.

Pada pemprosesan Qualcomm Snapdragon 835 dan RAM 6GB, operasi telefon ini memang mengagumkan dan jarang ‘lag’ meskipun penggunaannya sangat aktif.

Jangan lupa, storannya juga berkapasiti sehingga 128GB, cukup untuk anda gunakan sepanjang merakam foto atau video.

ASUS ZENFONE 4 SELFIE PRO

• HARGA: RM1,799

• PENGELUAR: ASUS

• CIRI: Telefon flagship

• PRO: Kamera cemerlang, harga ok

• KONTRA: Kurang aksesori

• LAMAN FB: /www.facebook.com/asusmalaysia

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 November 2017 @ 1:28 PM