Wan Nur Ameera Meor Rozman
itmetro@hmetro.com.my


Secara umumnya, aplikasi yang dimuat turun dari Google Play Store akan dikemas kini secara automatik (aplikasi kemas kini auto) untuk meningkatkan prestasi pada tablet atau telefon pintar anda.

Tetapi tanpa kita sedar, proses berkenaan boleh ‘menelan’ data selain ‘memakan’ storan sekali gus memberatkan peranti.

Bagaimanapun, terdapat cara untuk menetapkan kemas kini secara manual dan ia lebih praktikal.

1. Buka aplikasi Play Store dan klik pada butang navigation. Kemudian pilih Settings.

2. Pada bahagian Settings Play Store, klik Auto-update apps.

3. Anda akan lihat tiga pilihan (yang boleh ditukar pada bila-bila masa): Do not auto-update apps, Auto-update apps at any time. Data charges may apply, and Auto-update apps over Wi-Fi only.

4. Pilih Do not auto-update apps. Pemilihan terbabit membenarkan anda untuk melakukan proses kemas kini semua aplikasi secara manual pada masa akan datang. Sekiranya anda masih mahu aplikasi dikemas kini secara automatik, pilih Auto-update apps over Wi-Fi only.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Oktober 2017 @ 11:05 AM